8/13/10

Angkara Mereka

Wolfgang Kohler

Wolfgang Kohler dilahirkan pada 21 Januari 1887 di Port City di Reval, Estonia, Rusia. Selepas Wofgang Kohler dilahirkan, seluruh keluarganya kembali ke Jerman. Wolfgang Kohelr ialah ahli psikologi dan ahli logik fenomena atau phenomena logist. Malah, beliau juga merupakan salah seorang pengasas Psikologi Gestalt bersama-sama dengan Max Wertheimer serta Kurt Koffka.

Wolfgang Kohler mendapat pendidikan di Tubingen Universiti dari tahun 1905 hingga 1906. Sejurus itu, beliau menyambung kembali pendidikannya di Bonn Universiti dari tahun 1906 hingga 1907 dan Berlin Universiti merupakan pendidikan terakhirnya apabila beliau menerima Doktor Falsafah atau PhD dalam bidang psikologi pada 1909.






Antara sumbangan paling besar yang disumbangkan oleh Wolfgang Kohler selain daripada pengasas Psikologi Gestalt ialah, beliau dilantik sebagai Presiden American Psychological Association atau APA. Malah beliau juga merupakan seorang pensyarah di Kolej Darthmouth pada tahun 1958 hingga beliau meninggal dunia. Wolfgang Kohler meninggal dunia pada 11 Jun 1967 di Hanover, New Hampshire.



Wofgang Kohler turut berkongsi idea fikirannya dengan menghasilkan beberapa buah buku seperti The Mentality of Apes, Gestalt Psychology, The Place of Value in World of Facts, Dynamic in Psychology, Gestalt Psychology Today dan The Task of Gestalt Psychology.












David Ausubel

Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York. Mendapat pendidikan di Universiti Pennyslvia dan menggenggam ijazah di sana pada 1039 dalam bidang Psikologi. Kemudiaannya, beliau menyambung pengajian di pusat perubatan Middlesex University pada 1943. Seterusnya, beliau melakukan amali di Gouveneur Hospital, yang terletak di tenggara Manhattan, New York.

Selepas itu, beliau nenperoleh M.A dan PhD dalam bidang Perkembangan Psikologi di Universiti Columbia pada 1950. Seterusnya, beliau menjawat jawatan professor di beberapa buah institusi pendidikan.

Pada 1973, beliau juga menerima anugerah Thorndike daripada American Psychological Association sebagai penyumbang kepada bidang pendidikan.

Akhirnya, di usia 74 tahun pada 1994, beliau telah bersara daripada bidang akademik. Ketika itulah beliau banyak menulis buku dan melakukan pelbagai kajian tentang psikologi dan psiakiatri. Buku kajiannya diguna pakai sehingga kini.


Jerome S. Bruner

Nama sebenar beliau ialah Jerome S. Bruner, dilahirkan di New York dan mendapat ijazah P.h.D daripada Universiti Harvard. Merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat.

Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang perkembangan kebolehan mental manusia dan bagaimana pemikiran berlaku semasa dalam proses pembelajaran.

Karya beliau kurang memberi penekanan kepada bukti daripada eksperimen. Sumbangan beliau yang paling besar dalam pendidikan ialah hasil karya beliau yang berjudul The Process of Education (1960).


R. M. Gagne

Robert Mills Gagne lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Beliau meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940.

Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969.

Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966).

Selain itu, ia menjawat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).


No comments:

Post a Comment