Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud “bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun”. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.
Cimpanzi tidak dapat mengambil pisang yang digantung kerana bumbung sangkar itu terlalu tinggi dan sukar baginya memanjat ke atas. Cimpanzi itu melompat-lompat tetapi tidak berjaya mencapai pisang itu. Kemudian cimpanzi itu berhenti seketika seolah-olah berfikir dan memerhati di sekeliling sangkar.
Tiba-tiba ia mengheret kotak-kotak itu ke tengah sangkar dan menyusun kotak itu bertindih-tindih seperti tangga di bawah pisang itu. Seterusnya cimpanzi itu memanjat ke atas kotak disusun bertangga dan akhirnya berjaya mendapat pisang itu.
Dalam eksperimen ini, keadaan lapar telah menjadi rangsangan kepada cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Cimpanzi itu menyusun kotak-kotak untuk mendapatkan pisang setelah ia dapat menghayati perkaitan di antara kotak-kotak dengan keinginan untuk memakan pisang tersebut.
Persepsi perkaitan ini untuk menyelesaikan masalah disebut celik akal. Kohler dan rakan-rakannya menyimpulkan bahawa kebolehan cimpanzi itu menyedari perkaitan ini kerana cimpanzi itu dapat menghayati dan mempergunakan keadaan dalam sangkar itu secara menyeluruh.
Mereka juga menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) yang serupa terdapat pada diri manusia. Kebolehan ini membolehkan setiap manusia berupaya mempelajari sesuatu perkara yang dianggap baharu.
Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang kompleks berlaku bukan semata-mata melalui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa yang disebut celik akal yang membolehkan mereka memperoleh pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks.
Mengikut teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-unsur di dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment